Thursday 3 February 2011

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah

31 Januari 2011, Program Nilam Peringkat Sekolah telah dijalankan di kantin SK Bukit Beruang pada jam 9.00 pagi. Menurut Pn Hamidah Samsi, selaku Penyelaras Program, rancangan awal program tersebut melibatkan semua murid di Dataran Ilmu. Oleh kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan, lokasi program ditukar dan dijalankan lewat 1 jam dari rancangan asal. Oleh kerana tempat yang terhad program tersebut hanya melibatkan murid dari tahun 4 dan 5.

        Program tersebut dipengerusikan oleh Pn Zubaidah Baba dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Hamidah Yusof, Guru Besar SK Bukit Beruang dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Hj Khalib bin Khatim, pegawai dari BTP Negeri Melaka. Dalam ucapan beliau murid juga tidak melepaskan peluang untuk merebut pelbagai hadiah melalui beberapa soalan kuiz.

        Program tersebut diteruskan dengan gimik perasmian dan persembahan bercerita dalam bahasa Inggeris oleh adik Mohamad Aman Sofee dari tahun 1. Sebelum mengakhiri program tersebut, murid dan guru bersama-sama menghayati lagu Nilam. Program ditutup dengan penyampaian cenderamata dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.15 pagi.






















No comments:

Post a Comment