Tuesday 18 January 2011

Perlantikan Pengawas 2011

17 Januari, satu majlis ringkas Perlantikan Pengawas bagi tahun 2011 telah dijalankan di Dataran Ilmu, SK Bukit Beruang, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Rashid Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Melaka. Beliau juga telah menyampaikan watikah kepada barisan pengawas sekolah.

Seramai 67 pengawas dan pustakawan termasuk 10 orang pengawas muda telah dilantik. Barisan pengawas pada tahun ini dipimpin oleh Azrie Ezaidee Bin Rohaidee dan dibantu oleh Nurul Ashikin Binti Nasir dan Ubai Naim Bin Hj Syazani. Menurut En. Khariman Khazali, selaku guru pengawas, pemilihan barisan kepimpinan pengawas pada tahun ini dijalankan melalui undian berdasarkan bakat dan kepimpinan yang dijalankan pada Jumaat lalu. Calon-calon kepimpinan pengawas dikehendaki menyampaikan ucapan tanpa menggunakan teks dihadapan warga SKBB sebelum undian dijalankan.

Berikut adalah paparan gambar bagi majlis tersebut;









8 comments:

  1. tahniah kepada semua adik-adik yang bakal menjadi 'pengawas' yang akan mengawasi tingkah-laku dan gerak kerja sahabat-sahabat adik-adik semua di SK Bukit Beruang nanti ....

    Moga lebih ramai anak-anak dan adik-adik di SK Bukit Beruang akan berjaya di masa hadapan...terasa rindu sangat kat SK Bukit Beruang...sungguh sukar untuk melupakan saat manis dan pahit di sana .....

    ReplyDelete
  2. terima saudara. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran saudara di sini. Pihak kami juga mengalu-alukan pelbagai sumbangan idea, sokongan moral, tenaga dan material dari bekas-bekas murid SKBB agar SKBB terus maju dan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. sahabat gunung : mmg x sabar nak pergi SKBB...da byk pembabaruan..x mcm masa kiter dulu...skrg dengan adanya cikgu2 yg berwawasan tinggi menjadikan SKBB ini cemerlang, gemilang & terbilang....*SKBB maju 2010*.....

    ReplyDelete
  4. terima kasih juga kepada Cik/Pn Norgayah. harap kita sama2 dapat terus menjayakannya ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,,,
    congratz kepada Azrie Ezaidi,selaku ketua pengawas thon ni..!!;DD & congratz juga kepada pengawas & pengawas PSS yg terpilih sbgi ketua,,penolong & sebagainya...congratulation u all!!!naikkan nama SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG...!!!

    ReplyDelete
  6. Semoga SKBB dapat melahirkan modal insan kelas pertama demi memajukan agama, keluarga dan bangsa sendiri..... Diharapkan, SKBB akan terus berusaha melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang berbakat bagi menjadi pelapis kepada pemimpin negara saat ini.....

    ReplyDelete