Sunday 27 February 2011

Larian Merentas Desa 2011

17 Februari, Larian Merentas Desa telah dijalankan di sekitar kawasan Bukit Beruang. Acara tahunan ini melibatkan murid tahap 2 dari tahun 4, 5 dan 6. Kira-kira 400 orang murid telah mengambil bahagian dalam larian ini. Program ini telah dibantu oleh guru-guru SK Bukit Beruang dan 10 orang anggota PBSM dari SMK Bukit Baru.

Sebanyak 6 kategori yang telah dipertandingkan iaitu Lelaki dan Perempuan Tahun 4, Lelaki dan Perempuan Tahun 5 dan Lelaki dan Perempuan Tahun 6. Peserta yang berjaya layak untuk merebut 10 medal yang disediakan bagi setiap kategori. Pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap kategori juga menyumbangkan mata kepada rumah sukan mereka.

Pada acara kemuncak, 2 buah rumah sukan telah dipilih bagi merebut piala pusingan iaitu johan dan naib johan keseluruhan. Pengiraan mata adalah berdasarkan jumlah penyertaan dan mata yang dipungut bagi setiap kategori. Secara rasminya rumah Laksamana telah merangkul tempat ke-2 dan rumah Shahbandar telah menjadi johan keseluruhan bagi Larian Merentas Desa 2011. Berikut adalah beberapa paparan gambar bagi program tersebut.









































Tuesday 15 February 2011

Majlis Perpisahan & Selamat Datang

11 Februari, satu majlis yang sederhana telah diadakan di Hotel King Melaka. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Staf SK Bukit Beruang bagi meraikan majlis perpisahan beberapa orang guru dan staf yang telah menyumbangkan khidmat mereka di SKBB. Disamping itu juga majlis tersebut turut meraikan beberapa orang guru baru.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran YDP PIBG SKBB iaitu Tn Hj Othman yang turut menyampaikan ucapan. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari En Zulkifli mewakili guru-guru baru dan diteruskan dengan ucapan perpisahan daripada En Samad, Ustaz Ruaidi dan Pn Mala. Majlis akhirnya ditutup dengan penyampaian hadiah dari Kelab Staf, pihak sekolah dan Panitia masing-masing.

Berikut adalah beberapa paparan gambar bagi majlis tersebut: