Tuesday 18 January 2011

Perlantikan Pengawas 2011

17 Januari, satu majlis ringkas Perlantikan Pengawas bagi tahun 2011 telah dijalankan di Dataran Ilmu, SK Bukit Beruang, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Rashid Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Melaka. Beliau juga telah menyampaikan watikah kepada barisan pengawas sekolah.

Seramai 67 pengawas dan pustakawan termasuk 10 orang pengawas muda telah dilantik. Barisan pengawas pada tahun ini dipimpin oleh Azrie Ezaidee Bin Rohaidee dan dibantu oleh Nurul Ashikin Binti Nasir dan Ubai Naim Bin Hj Syazani. Menurut En. Khariman Khazali, selaku guru pengawas, pemilihan barisan kepimpinan pengawas pada tahun ini dijalankan melalui undian berdasarkan bakat dan kepimpinan yang dijalankan pada Jumaat lalu. Calon-calon kepimpinan pengawas dikehendaki menyampaikan ucapan tanpa menggunakan teks dihadapan warga SKBB sebelum undian dijalankan.

Berikut adalah paparan gambar bagi majlis tersebut;









Sunday 16 January 2011

SKBB menerima kunjungan daripada Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI)

11 Januari, SKBB juga telah menerima kunjungan guru-guru daripada Republik Indonesia. Seramai kira-kira 40 orang guru dari serata kepulauan Indonesia telah datang untuk melihat dan bertukar-tukar fikiran suasana pembelajaran di Malaysia. Berikut adalah beberapa paparan gambar bagi kunjungan tersebut.










Saturday 15 January 2011

Program Keselamatan Sekolah 2011

Pada 11 Januari yang lalu, telah dijalankan Program Keselamatan Sekolah bagi tahun 2011. Program ini telah dijayakan bersama pihak Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka, Klinik Kesihatan Ayer Keroh dan Balai Bomba & Penyelamat Ayer Keroh. Berikut adalah paparan gambar bagi aktiviti tersebut.

Ceramah Keselamatan jalan raya oleh Pn. Norfazliana Mohd Nor

Peserta dikalangan murid tahun 5 dan 6


Taklimat trafik lintasan murid kepada guru-guru dan kakitangan sekolah



Latihan praktikal




Ceramah Kesihatan - Pertolongan Cemas


Tunjuk cara membalut luka

Latihan praktikal oleh murid


Suasana kalut apabila loceng panjang dibunyikan


Ketibaan jentera bomba

Persiapan untuk memadam kebakaran



Taklimat dari guru keselamatan - Ustaz Adnan Sulaiman

Murid pendidikan khas juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini

Taklimat dari pegawai bomba




Latihan praktikal memadam kebakaran






Murid diberi peluang untuk menaiki jentera bomba