Sunday 9 January 2011

SEJARAH SEKOLAH

        SK Bukit Beruang telah ditubuhkan pada tahun 1907 dengan kira-kira 30 orang murid dan 3 orang guru termasuk seorang Guru Besar iaitu Encik Khatib Bin Said. Peringkat awal SK Bukit Beruang hanya mempunyai bangunan papan bermotifkan rumah Melayu Melaka dan berada dalam persekitaran perkampungan orang-orang melayu yang berpendapatan rendah hasil kerja sendiri.
        Pada tahun 1994, sebuah bangunan tambahan Blok Cengal telah dibina bagi menampung peningkatan murid yang mencapai 1100 orang. Pada tahun 2009, SK Bukit Beruang sekali lagi telah menerima sebuah lagi bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang telah uzur.
       Dalam tempoh meniti zaman ini, SK Bukit Beruang telah ditadbir seramai 20 orang guru besar dan SK Bukit Beruang telah menempa berbagai kejayaan dan antaranya adalah Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Tahun 2000 bagi Kategori Sekolah Rendah. SK Bukit Beruang terus tegak berdiri menjana fikir, menampil diri, memantapkan ICT, merealisasikan Sekolah Perkasa, cita-cita ke arah Sekolah Bestari terus digarap dan disusuli  dengan keikhlasan dan kesedaran terhadap tanggung jawab mendidik generasi masa depan
      Matlamat untuk terus meletakkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang akan terlaksana dan akan dilestarikan dengan  kemantapan organisasi dan  komitmen sepenuhnya daripada seluruh warga SK Bukit Beruang.

             1907                            1994                            2009

6 comments:

  1. ada tak pic team bola tahun... dalam 92-93, menang satu game, time tu PN SAHARAH SUDI jadi GB... salah seorang playernya adalah saya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya darjah 6 tahun 1993 di sekolah kebangsaan bukit beruang. Ingat kenangan juara bola sepak bagi kawasan bukit cina. Kenangan yang tidak akan dapat diulangi lagi. Rindu kenangan bersama semua cikgu dan kawan2. Tua dah rasa sekarang bila umur pun dah mencecah 40 tahun

      Delete
  2. fuyyoooo,,,cantiknya SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUANG!!!!!rindunya nk skolh sana lg.....

    ReplyDelete
  3. sekolah anak-anak saya. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  4. Nama saya Schazatul Jannah saya ilah murid sekolah kebangsaan bukik beruang

    ReplyDelete
  5. Sekolah saya dari tahun 1985-1990 (awesome 80s!!!)
    Terima kasih pada cikgu-cikgu hebat yang mengajar kami di zaman tersebut.

    ReplyDelete