Monday, 14 February 2011

Ujian Tara Sukan Olahraga

Pada 31 Januari hingga 2 Februari, ujian tara peringkat sekolah telah diadakan bagi mengenal pasti bakat dan potensi murid untuk dipilih mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSM yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Seramai lebih kurang 500 murid dari tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai ujian tara tersebut bagi mewakili rumah sukan masing-masing.

Bagi memenuhi program tersebut sebanyak 3 acara yang telah dipertandingkan iaitu larian, lontar peluru dan lompat tinggi. Setiap peserta yang berjaya melepasi tahap yang ditetapkan akan dipilih untuk saringan seterusnya. Selain itu mereka juga menyumbangkan mata terkumpul yang akan dibawa pada Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada bulan September nanti.

Berikut adalah beberapa paparan bagi program tersebut;





















No comments:

Post a Comment